Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Angka kematian penduduk Gaza hari ini mencecah lebih dari 309 orang dalam 12 hari serangan darat dan udara Israel ke atas Tebing Barat.
Jet israel hari ini kelihatan berlegar di ruang udara Gaza sejak awal pagi tadi dan membedil beberapa kedudukan sehingga menyebabkan kematian lebih dari 20 orang.
Pegawai Palestin berkata, 65 orang maut apabila kereta kebal Israel mula menggempur di sebuah kawasan penduduk miskin pada hari Khamis.
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah pelarian di Gaza meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kini lebih 40,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu pejuang Palestin dilaporkan melancarkan beberapa peluru berpandu ke arah kota Israel sebagai serangan balas.
Sebelum ini siren amaran telah bergema di Tel Aviv yang diikuti dengan letupan tidak lama setelah itu.
Pejuang Palestin mendakwa mereka berjaya memintas komunikasi radio antara tentera Israel yang mengesahkan beberapa unit mereka terbunuh apabila kereta kebal rejim Zionis itu musnah di Gaza.
Pada hari Jumaat lalu, seorang tentera terbunuh dan sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan cedera dalam pertempuran bersama pejuang Palestin.